Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Mengamalkan Penggambilan Minyak Sacha Inchi Dapat Mengurangkan kolesterol

  "Apa itu Kolesterol? Bagaimana seseorang itu boleh mendapatkannya?" Sering kali bila pertanyaan ini diutarakan, jawapan yang sering kali didengari ialah, "Kolesterol disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat", atau "Kolesterol itu tidak bagus." Tapi, tahukah anda bahawa kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul? Tabiat Pemakanan yang tidak baik, kurang bersenam, merokok dan meminum arak boleh menjejaskan paras kolesterol seseorang. Terdapat banyak jenis-jenis kolesterol yang tidak ramai orang ketahui.   Lemak dan kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet seharian.  Ada juga segelintir orang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak. Jika dilihat kepada persekitaran pemakanan di Malaysia, banyak produk makanan yang diproses, makanan segera dan makanan bergoreng mudah didapati dan dimasak di mana sahaja. Sememangnya pengambilan makanan berlemak dan kolesterol tidak dapat dielakkan. Oleh itu, pe