"Apa itu Kolesterol? Bagaimana seseorang itu boleh mendapatkannya?" Sering kali bila pertanyaan ini diutarakan, jawapan yang sering kali didengari ialah, "Kolesterol disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat", atau "Kolesterol itu tidak bagus." Tapi, tahukah anda bahawa kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul? Tabiat Pemakanan yang tidak baik, kurang bersenam, merokok dan meminum arak boleh menjejaskan paras kolesterol seseorang.
Terdapat banyak jenis-jenis kolesterol yang tidak ramai orang ketahui.
Lemak dan kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet seharian. Ada juga segelintir orang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak. Jika dilihat kepada persekitaran pemakanan di Malaysia, banyak produk makanan yang diproses, makanan segera dan makanan bergoreng mudah didapati dan dimasak di mana sahaja. Sememangnya pengambilan makanan berlemak dan kolesterol tidak dapat dielakkan. Oleh itu, pengambilan lemak yang berlebihan perlu dielakkan.
Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, memakan suplemen Minyak Sacha Inchi dapat membantu mengurangkan kolesterol. Hal ini kerana, Minyak Sacha Inchi kaya dengan Omega-3, Omega-6, dan Omega-9. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber anti-oksidan yang bagus.
Kajian mendapati pesakit yang mengambil minyak Sacha Inchi dengan makanan tinggi lemak mengalami penurunan kolesterol. Umumnya, minyak sacha inchi mengandungi asid alfa linolenik dan protein yang lebih tinggi berbanding minyak sayuran yang lain.
Jika anda ingin menikmati kelainan dalam hidangan makanan atau minuman anda seperti salad, bubur, kopi dan banyak lagi, minyak sacha inchi merupakan pilihan yang menarik yang memberikan rasa yang unik.
Sesunguhnya, minyak sacha inchi merupakan minyak yang kaya dengan sumber nutrisi tambahan.
Sumber:
Fakta tentang kolesterol. (n.d.). Retrieved May 9, 2021, from Fakta tentang kolesterol | My Health My Life: https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kolesterol-tinggi/fakta-tentang-kolesterol#
LECCA Sacha Inchi Malaysia. (2021, April 20). Retrieved May 11, 2021, from AL: https://allecca.com/
LECCA Sacha Inchi Malaysia. (2021, April 20). Retrieved May 11, 2021, from AL: https://allecca.com/sacha-inchi-oil/
LECCA Sacha Inchi Malaysia. (2021, April 20). Retrieved May 11, 2021, from AL: https://allecca.com/sacha-inchi-multigrain/
SACHA INCHI OIL DAPAT KURANGKAN LEMAK DAN KOLESTERO. (2020, December 25). Retrieved May 10, 2021, from Mimin Adam: https://www.miminadam.com/2020/12/inchaway-sacha-inchi-oil-dapat.html
MANFAAT KHASIAT MINYAK SACHA INCHI. (2020, November 5). Retrieved May 11, 2021, from MANFAAT KHASIAT MINYAK SACHA INCHI: https://lokmanismail.blogspot.com/2020/11/gpe.html
Mengenai kolesterol tinggi. (n.d.). Retrieved May 10, 2021, from Mengenai kolesterol tinggi | My Health My Life: https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kolesterol-tinggi/mengenai-kolesterol-tinggi
Osman, D. C. (n.d.). SIRI 85: BENARKAH MINYAK SACHA INCHI MENGURANGKAN KOLESTEROL? Retrieved May 9, 2021, from drcheputeh: https://www.drcheputeh.com/post/siri-85-benarkah-minyak-sacha-inchi-mengurangkan-kolesterol
Comments
Post a Comment