Skip to main content

Kenali Sacha Inchi dan Khasiat-khasiatnya

Gambar diambil dari Google

Masih ramai yang tidak tahu dan mengenali akan kebaikan tanaman Sacha Inchi ini. Malah, saya juga terkejut bila mengetahui bahawa Sacha Inchi merupakan salah satu tanaman yang telah diiktirafkan sebagai "Superfood" pada tahun 2016. Saya mengetahui kewujudannya waktu saya mencari tempat untuk latihan industri. Selama menjalani latihan praktikal, saya mengetahui akan kebaikan dan khasiatnya akan tanaman Sacha Inchi dan telah meminum selama 2 bulan lebihnya. Rasanya, ini pertama kali kamu mendengarnya kan? Jangan risau, sebentar lagi kamu akan tahu apa itu Sacha Inchi dan khasiatnya.

Pertama sekali, tanaman Sacha Inchi berasal dari negara Peru dan dikenali dengan pelbagai nama. Antaranya, Sacha Peanut, Inca Peanut, dan Mountain Peanut. Sacha Inchi telah digunakan sejak 3,000 tahun yang lalu. Terkejut? Tanaman ini telah digunakan oleh nenek moyang kita dari dulu lagi disebabkan kebaikannya tapi seiring waktu sering dilupakan oleh orang moden masa kini.

Amalkan Incha Oil (Sacha Inchi Oil) Untuk Tubuh Badan Lebih Sihat -  Aerill.com™ | Lifestyle
Gambar diambil dari Google

 

Adakah anda pernah nampak bagaimana rupa tanaman Sacha Inchi?

Premium Photo | Sacha-inchi peanut, fresh capsule seeds fruit of  sacha-inchi peanut
Gambar diambil dari Google


Kenapa Sacha Inchi mempunyai warna coklat dan warna hijau? JIka kamu tahu, rupa Sacha Inchi yang berwarna coklat menandakan sudah masak dan bila cukup matang, ia akan terbuka dengan sendiri.

Sacha Inchi Seeds High Quality 30 seeds @ Benih Sacha Inchi Bermutu Tinggi  30 biji | Lazada
Gambar diambil dari Google


Kalau kamu perhatikan, Sacha Inchi mempunyai perbezaan saiz dan bucu. Ada yang mempunyai 4 bucu, 5 bucu dan 6 bucu. Luar biasa kan?

Binggung bagaimana tanaman Sacha Inchi ini boleh menjadi makanan yang baik dan kaya dengan khasiat? Dikatakan Sacha Inchi kaya dengan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikanknya sumber anti-oksidan yang bagus. Buah sacha inchi ini juga boleh dimakan tanpa direbus. Ia mengandungi minyak yang berkhasiat iaitu Omega 3 Fatty Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan Essential Amino Acids. Justeru, ia dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan.

 

Antara khasiat Sacha Inchi; 

  • Menghindari dari penyakit diabetes

Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit jangka masa panjang kerana badan tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi.Omega 3 juga dapat mengawal tahap insulin dan sekaligus mengurangkan risiko diabetes. 

  • Mengurangkan sakit sendi

Kandungan nutrisi yang terdapat pada sacha inchi juga mampu merawat penyakit rheumatoid arthritis atau dikenali sebagai radang sendi.

  • Membantu menguatkan tulang

Omega 3 pada sacha inchi membantu tubuh badan untuk menyerap kalsium secara optimum. Hal ini akan meningkatkan kepadatan tulang, menghalang pereputan tulang serta mengelakkan penyakit seperti osteoporosis.

  • Mencantikkan kulit dan rambut

Vitamin E dan Omega 3 membantu mengawal pengeluaran minyak pada rambut dan juga kulit. Hal ini akan menghasilkan kulit yang lebih anjal, membekalkan hidrasi, memperbaiki kerosakan kulit dan rambut serta melindungi daripada sinaran matahari.

  • Mengawal berat badan

Setiap orang pasti mengidamkan badan yang sihat dan berat badan yang ideal. Makan secara berlebihan terutamanya makanan manis dan berlemak akan membuatkan berat badan menaik. Omega 3 pada pokok sacha inchi mampu mengawal hormon kortisol yang bertindak untuk mengawal selera makan.



Rujukan: 

Anim, H. 2019. 12 Khasiat Tanaman Kekacang ‘Superfood’ Sacha Inchi.

Balqis, J.Z. 2017. ‘Sacha Inchi’ mampu tambah pendapatan pekebun. Retrieved from Berita Harian.

Diabetes. 2019. Retrieved from World Health Organization.

Kacang sacha inchi. 2019. Retrieved from Aifa Health Care 4u.

Plukenetia volubilis. 2020. Retrieved from Wikipedia.



Ingin maklumat lebih lanjut mengenai AL-LECCA Sacha Inchi:
 

 

Comments

Popular posts from this blog

How to Make Bland Oat become Savoury Oat

  I eat oats for breakfast and sometimes when I don't want to eat heavy at night. I usually add some milk to add some flavour into my oat. In the past, I always had plain instant oats, which taste bland and mushy. Recently, I came across one new product called Super Grains Sacha Inchi Omega Plus that I can added into my oat. It is super super easy to use and it's delightful! I wanna share with you guys how I make my oat taste tasty using the new product. You'll never wonder again what to have for a healthy breakfast! What I love about oatmeal is that it's really quick and easy to make, customize it with any toppings, and it keeps you full with lots of energy.   What you need to make Tasty Oatmeal  Ingredients: Quaker Oat Super Grains Sacha Inchi Omega Plus Hot water Fruits or any toppings Instructions: Start by measuring how many serving you want to eat. I put 2 tablespoons of Quaker Oat 1 tablespoon of Super Grains Sacha Inchi Omega Plus An appropriate amount of water

Super Grains Sacha Inchi Omega Plus - Natural Beverage with 7 Colours of Rainbow

Super Grains Sacha Inchi Omega Plus is a wholesome natural beverage made up of quality plant-based ingredients that are rich in anthocyanins and phytonutrients and come in seven different colours. Sacha Inchi Oil is a healthy source of Omega-3 and Omega-6 in the proper ratios for our bodies. This product also contains a lot of proteins and fibre. Super Grains Sacha Inchi Omega Plus is perfect for those looking to start off their day. AL-LECCA's Super Grains Sacha Inchi Omega Plus contains 29 multigrains consist of multigrains, vegetables, and sacha inchi oil providing you with multi-vitamins, minerals and omega 3, 6 and 9. It just takes 2 scoops and 150mL of warm water to get it ready to eat. Alternatively, you should add 1 scoop to the milk! It's delicious and sweet. and everyone will enjoy it, including your children. This is also a milk booster, assisting lactating mothers in producing more breast milk.  The Super Grains Sacha Inchi Omega Plus or also known as Multigrain bev

Mengamalkan Penggambilan Minyak Sacha Inchi Dapat Mengurangkan kolesterol

  "Apa itu Kolesterol? Bagaimana seseorang itu boleh mendapatkannya?" Sering kali bila pertanyaan ini diutarakan, jawapan yang sering kali didengari ialah, "Kolesterol disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat", atau "Kolesterol itu tidak bagus." Tapi, tahukah anda bahawa kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul? Tabiat Pemakanan yang tidak baik, kurang bersenam, merokok dan meminum arak boleh menjejaskan paras kolesterol seseorang. Terdapat banyak jenis-jenis kolesterol yang tidak ramai orang ketahui.   Lemak dan kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet seharian.  Ada juga segelintir orang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak. Jika dilihat kepada persekitaran pemakanan di Malaysia, banyak produk makanan yang diproses, makanan segera dan makanan bergoreng mudah didapati dan dimasak di mana sahaja. Sememangnya pengambilan makanan berlemak dan kolesterol tidak dapat dielakkan. Oleh itu, pe