Gambar diambil dari Google Masih ramai yang tidak tahu dan mengenali akan kebaikan tanaman Sacha Inchi ini. Malah, saya juga terkejut bila mengetahui bahawa Sacha Inchi merupakan salah satu tanaman yang telah diiktirafkan sebagai " Superfood " pada tahun 2016. Saya mengetahui kewujudannya waktu saya mencari tempat untuk latihan industri. Selama menjalani latihan praktikal, saya mengetahui akan kebaikan dan khasiatnya akan tanaman Sacha Inchi dan telah meminum selama 2 bulan lebihnya. Rasanya, ini pertama kali kamu mendengarnya kan? Jangan risau, sebentar lagi kamu akan tahu apa itu Sacha Inchi dan khasiatnya. Pertama sekali, tanaman Sacha Inchi berasal dari negara Peru dan dikenali dengan pelbagai nama. Antaranya, Sacha Peanut, Inca Peanut, dan Mountain Peanut. Sacha Inchi telah digunakan sejak 3,000 tahun yang lalu. Terkejut? Tanaman ini telah digunakan oleh nenek moyang kita dari dulu lagi disebabkan kebaikannya tapi seiring waktu sering dilupakan oleh orang moden masa kini...